Johor Times: MAINJ Biaya 20 Anak Asnaf

This article was featured in the JohorTimes on October 8, 2015

MAINJ Biaya 20 Anak Asnaf

Logo Maij

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM150,000 diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi membiayai 20 orang anak asnaf negeri ini yang keciciran dalam pelajaran untuk menjalani latihan industri minyak dan gas menerusi Program Memperkasa Tunas Asnaf Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Mohd Rofiki Shamsudin berkata setiap anak asnaf akan menerima RM7,500 seorang untuk menjalani latihan industri dengan kerjasama MAINJ dan Malaysia Offshore Contractor Association (MOCA) Resources Sdn Bhd.

“Mereka akan menjalani latihan asas selama dua minggu di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kota Tinggi sebelum menjalani amali bagi tempoh enam hingga 12 bulan dalam pekerjaan,”

“Kemudian setiap pelatih yang berjaya kelak akan ditempatkan terus ke dalam industri mengikut bidang teknikal yang dipelajari,” katanya.