MOCA

 

Utusan Online: JPDC anjur program bantu kontraktor bumiputera

JPDC anjur program bantu kontraktor bumiputera

This article was featured in the Utusan Online on 12 November, 2014 

Hasni Mohammad (dua dari kanan) bersama Dr. Judin Abdul Karim
Hasni Mohammad (dua dari kanan) bersama Dr. Judin Abdul Karim dan Mohd. Yazid Jaafar pada Seminar Transformasi Kontraktor Pembinaan Untuk Sektor Minyak dan Gas Johor di Johor Bahru, semalam.

 

JOHOR BAHRU 11 Nov. – Dalam usaha memaksimumkan penglibatan kontraktor bumiputera untuk menjayakan projek hab dan gas negara di Pengerang, pelbagai program bakal dilaksanakan oleh Johor Petroleum Development Corporation (JPDC).

Ketua Eksekutifnya, Mohd. Yazid Jaafar berkata, inisiatif itu bagi meningkatkan tahap daya saing dan kemahiran golongan terlibat dalam bidang minyak dan gas, sekali gus limpahan ekonomi sektor itu dapat dikongsi bersama.

Pada permulaan pihaknya dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan Seminar Transformasi Kontraktor Pembinaan Untuk Sektor Minyak dan Gas di Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

“Program sehari ini dirangka untuk memberi ruang dan peluang kepada kontraktor-kontraktor sivil yang berhasrat untuk menceburi sektor yang lebih dinamik dan mencabar,” katanya selepas majlis perasmian program itu oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Seri Dr. Ir. Judin Abdul Karim dan Bendahari Persatuan Kontraktor Luar Pesisir Malaysia (MOCA), Zulkifli Abdullah.

Mohd. Yazid berharap program itu dapat membantu kontraktor terlibat membuat persediaan yang sewajarnya untuk menceburi sektor berkenaan selain memberi gambaran sebenar tentang perniagaan tersebut.

“Seminar ini dikendalikan oleh pakar-pakar industri berkaitan yang berpengalaman, sekali gus kita berharap para peserta mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mempelajari selok-belok bidang tersebut daripada mereka,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/jpdc-anjur-program-bantu-kontraktor-bumiputera-1.23583#sthash.jo8QS7HL.dpuf

(C) MOCA 2010 - 2016 | ALL RIGHTS RESERVED.